Saturday, October 31, 2009

bab 6 peta


GEOGRAFI - TINGKATAN 2

PETA

PETA MINDA

1. Peta di bawah merupakan peta bergambar yang menunjukkan lokasi dan taburan pusat pelancongan di negeri Kedah Darul Aman.

2. Peta bergambar ini menggunakan tiga jenis simbol, iaitu simbol bergambar, simbol huruf dan simbol angka.

3. Simbol bergambar merupakan lukisan yang menunjukkan sesuatu tempat peranginan. Merujuk kepada peta di bawah, simbol di bawah menunjukkan Lapangan Terbang.

4. Simbol huruf diwakili oleh huruf A, B,C dan seterusnya. Contohnya Simbol 'A' dalam Peta di atas digunakan untuk menunjukkan "Marine Park" di Pulau Payar.

5. Simbol angka ditunjukkan dengan angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Pada Peta di atas simbol "1" digunakan untuk menunjukkan Kelab Golf Bukit Kayu HItam.


Peta bergambar mengenai tempat-tempat pelancongan di negeri Kedah Darul Aman

Ciri Fizikal dan Ciri Budaya Pada Peta Bergambar

1. Peta di bawah merupakan peta pelancongan yang menggunakan simbol bergambar untuk menunjukkan pusat pelancongan dan rekreasi di Pulau Langkawi.

2. Peta ini menggambarkan ciri fizikal dan ciri budaya pusat pelancongan dan rekreasi yang terdapat di pulau ini.

3. Ciri fizikal adalah sesuatu yang bersifat semula jadi seperti bentuk muka bumi, saliran dan tumbuh-tumbuhan semula jadi. Contoh ciri fizikal yang menjadi pusat pelancongan pada peta di atas ialah seperti Air Terjun Durian Peranginan, Gua Langsir dan Tasik Dayang Bunting.

4. Ciri budaya merupakan ciri buatan manusia khususnya jenis penggunaan tanah seperti pertanian, perlombongan, perindustrian, petempatan dan pengangkutan. Pusat-pusat pelancongan yang bercirikan budaya pada peta di bawah adalah Kelab Glof Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Jeti Kuah.

5. Contoh ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat pata peta di bawah ditunjukkan melalui jadual di bawah ini.


Peta pelancongan yang menggunakan simbol bergambar.


Huraian simbol bergambar

1. Peta di bawah merupakan peta pelancongan yang menggunakan simbol huruf untuk menunjukkan pusat-pusat pelancongan dan rekreasi di negeri Terengganu.


Peta pelancongan negeri Terengganu yang menggunakan simbol huruf.

2. Penggunaan simbol huruf dapat menjimatkan penggunaan ruang dalam peta. Contohnya huruf A menunjukkan Lata Belatan.\

3. Jadual di bawah menunjukkan contoh ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat pada peta di bawah yang menggunakan simbol huruf.



Huraian simbol huruf

1. Peta di bawah adalah peta pelancongan bandar raya Alor Setar yang menggunakan simbol angka bagi menunjukkan pusat-pusat pelancongan di bandar itu.


Peta pelancongan bandar raya Alor Setar yang menggunakan simbol angka.

2. Penggunaan simbol angka pada peta ini juga bertujuan menjimatkan ruang dalam peta.

3. Jadual di bawah menunjukkan beberapa simbol angka yang mewakili ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat pada peta di atas. Contohnya tempat pelancongan Terusan Wan Mat Saman yang merupakan ciri fizikal di tanda dengan angka 10.


Huraian simbol angka


Mentafsirkan Peta Bergambar

1. Apabila mentafsir peta bergambar, pelajar hendaklah memerhatikan tajuk dan simbol-simbol yang digunakan. Rujuk kepada petunjuk untuk mendapatkan keterangan mengenai simbol-simbol yang digunakan.

2. Kenal pasti kedudukan serta taburan ciri fizikal dan ciri budaya dengan membezakan dan mengklasifikasikan ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat pada peta.

3. Mulakan pemerhatian dari arah utara ke selatan untuk mempastikan semua ciri diperhatikan dengan teliti dan bersistematik.

4. Membuat kesimpulan dan rumusan.


Peta bergambar yang menunjukkan pusta pelancongan di Pulau Pangkor,

1. Peta di bawah merupakan peta bergambar yang menunjukkan pusat-pusat pelancongan di Pulau Pangkor. Peta ini menggabungkan ketiga-tiga simbol iaitu simbol bergambar, simbol huruf, dan simbol angka.

2. Taburan pusat-pusat pelancongan daripada segi ciri fizikal dan ciri budaya ditunjukkan melalui simbol bergambar.

3. Taburan pusat-pusat pelancongan mengenai lokasi pantai ditunjukkan melalui simbol angka untuk menunjukkan kedudukan dan letakannya.

4. Huraian digunakan untuk menerangkan fungsi dan keistimewaan ciri fizikal dan ciri budaya yang terdapat dalam peta.

5. Tanda arah utara dalam peta diperhatikan. memilih satu tempat untuk rujukan dan menentukan kedudukan relatif ciri dalam peta. Bandar Pangkor dijadikan titik rujukan untuk menentukan kedudukan.

Contoh Tafsiran
Peta di atas menunjukkan peta pelancongan Pulau Pangkor yang menggunakan simbol bergambar, simbol bergambar, simbol angka dan simbol huruf. Pulau Pangkor yang pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik di dunia menjadi destinasi pelancongan yang terkenal. Ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di Pulau Pangkor menjadi daya tarikan kepada pelancong untuk melancong ke pulau tersebut.

Salah satu ciri budaya yang terdapat di Pulau Pangkor adalah Kota Belanda. Kota Belanda terletak di selatan bandar Pangkor. Kota yang dibina sekitar kurun ke-17 ini menjadi satu tinggalan sejarah dan tumpuan pelancongan di Pulau Pangkor untuk memudahkan kehadiran pelancong. Jeti-jeti tersebut ialah seperti Jeti Pangkor dan Jeti Sungai Pinang Kecil yang terletak di timur barat Pangkor serta Jeti Pan Pacific yang terletak di barat laut bandar Pangkor.

Pulau Pangkor Laut merupakan salah satu ciri fizikal yang menarik untuk para pelancong. Pulau Pangkor Laut yang terletak di barat daya bandar pangkor menyediakan aktiviti menyelam kepada pelancong. Keindahan batu karang yang terdapat disekitar pulau tersebut akan menarik perhatian pelancong. Selain itu, pengunjung juga dapat menikmati keindahan pasir pantai yang bersih dan melakukan aktiviti berenang di sekitar Pantai Teluk Bagak yang terletak di barat daya bandar Pangkor.

Kemudahan penginapan kepada para pelancong turut disediakan di Pulau Pangkor. Tempat penginapan seperti Sri Bayu Beach Resort, Beach Huts Hotel dan Khoo Holiday Resort di barat bandar Pangkor menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dan menarik pada harga yang berpatutan kepada pelancong.

2 comments: